“Saya orang Inggeris, bukan Malaysia” – Josh Brownhill

29 Dec 2024 • 12:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Saya orang Inggeris, bukan Malaysia” – Josh Brownhill

Kapten pasukan Burnley FC, Josh Brownhill menafikan bahawa dirinya layak untuk mewakili pasukan Malaysia.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata demikian selepas mengeluarkan satu kenyataan di Instagram Story miliknya.

Ia susulan terdapat pelbagai khabar angin dan spekulasi mengenai latar belakang keluarganya yang memungkin Borwnhill untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

“Hanya ingin menjelaskan tentang beberapa khabar angin yang telah tersebar. Malangnya, satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris, dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang mungkin disangka oleh sesetengah orang.

“Saya tidak pasti bagaimana perkara ini bermula, tetapi saya ingin menjelaskannya. Bagaimanapun, terima kasih atas sokongan anda,” tulisnya.

image is not available
Gambar: Instagram Josh Brownhill

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa bahawa pemain dari Liga Perdana Inggeris itu bakal menjadi salah seorang prospek hangat pemain warisan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved