Josh Brownhill Nafi Khabar Angin Bakal Beraksi Dengan Harimau Malaya, Tegaskan Dirinya Warganegara England

Entertainment
29 Dec 2024 • 1:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Desas-desus mengenai kemungkinan kapten sebuah pasukan dari Liga Inggeris, Burnley FC bakal menyarung jersi keramat Harimau Malaya baru sahaja berakhir.

Kapten Burnley FC, Josh Brownhill hari ini menafikan khabar angin itu dan menjelaskan beliau berketurunan Inggeris.

image is not available

Memetik laporan BERNAMA, pemain berusia 29 tahun itu telah memuatnaik satu hantaran story di akaun Instagramnya @joshbrownhill_ dengan menafikan kaitan beliau dengan kemungkinan untuk beraksi bersama skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

image is not available

Dalam hantaran itu, beliau juga mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang diberikan oleh orang ramai kepadanya.

Pemain tengah pasukan The Clarets itu terkenal dengan kualiti kepimpinannya di dalam dan di luar padang.

Terdahulu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail yang terkenal dengan pengaruhnya dalam arena bola sepak tempatan, berkongsi perbualan dengan pemain bola sepak itu menerusi pesanan langsung Instagram, meminta Brownhill membuat penjelasan berhubung perkara itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.