Kara Bawa ‘RASA’ Ramadan Lebih Bermakna Bersama Anak Yatim & Ibu Tunggal

LocalFood
20 Mar 2026 • 11:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebut je santan, jenama pertama yang terbayang di fikiran semestinya Kara. Mana tidaknya, sejak 1999, jenama ini sudah menjadi sebahagian daripada dapur rakyat Malaysia, dipercayai dan dekat di hati setiap keluarga. 

Santan Kara bukan saja menambah rasa dalam masakan, malah telah menjadi sebahagian daripada inovasi juadah yang membentuk warisan dan identiti kulinari Malaysia hari ini.

Ramadan kali ini, Kara membawa makna RASA lebih dekat melalui program Kara Satukan Rasa, dengan menziarahi Rumah Titian Kaseh dan meluangkan masa bersama 50 anak yatim dan 10 ibu tunggal. Inisiatif ini adalah tentang berkongsi apa yang kita ada, dan mencipta momen yang kekal lama selepas hidangan berakhir. 

RASA Yang Menyatukan Generasi

image is not available

“Sejak 1999, Kara telah menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia, menemani mereka melalui rasa dan detik yang membentuk warisan kulinari kita,” kata Encik Susanto, Pengarah Kara Marketing Malaysia

“Bagi kami, RASA bukan sekadar rasa. Ia adalah perasaan familiar dan kepercayaan yang diwarisi turun-temurun. Ramadan ini, sambil meneruskan perjalanan Kara Satukan Rasa, komitmen kami tetap sama: untuk sentiasa dekat dengan rumah-rumah Malaysia dan menjadi sebahagian daripada detik yang benar-benar bermakna.”

Bubur Lambuk Jadikan Detik Bersama Lebih Bermakna

image is not available
(Dari kiri) Ketua Editor UtusanTV Metra Syahril Mohamed, cef selebriti Datuk Chef Ismail, Pengarah Kara Marketing Malaysia Susanto, Pengurus Rumah Titian Kaseh Akmal Yusof dan Pengurus Jenama Kara, Shah Rizal menyertai aktiviti simbolik memasak bubur lambuk menggunakan Santan Kara semasa Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Rumah Titian Kaseh.

Kara Satukan Rasa turut membawakan aktiviti memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Chef Ismail, yang memberikan sentuhan tradisi dan keaslian pada juadah yang sinonim dengan bulan puasa itu.

image is not available
Penyanyi Iman Troye, Izzue Islam, dan Datin Alyah menghiburkan anak-anak Rumah Titian Kaseh dalam Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Titiwangsa.

Tidak hanya itu, acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Iman Troye, Izzue Islam dan Datin Alyah. Di mana Iman Troye membawakan lagu Kara Satukan Rasa, lagu Raya yang merakam detik-detik Ramadan Raya yang semua boleh relate, dari menyiapkan kuih hingga membawa RASA yang sama ke dalam suasana Raya. 

“Kara Satukan Rasa diwujudkan untuk mencerminkan pelbagai cara rakyat Malaysia merasai musim perayaan,” kata Shah Rizal, Pengurus Jenama Kara. 

“Daripada menyiapkan juadah sepanjang Ramadan, menyambut Raya, hingga ke detik-detik santai di antara itu, setiap fasa membawa RASA tersendiri. Melalui kempen ini, kami mahu meraikan bagaimana Kara secara semula jadi hadir dalam detik harian ini, membawa keselesaan yang familiar yang menghubungkan pelbagai tradisi, rumah dan generasi ke dalam satu perayaan bersama.”

Kara Beri Lebih Dari Hidangan

image is not available
(Dari kiri) Pengarah Kara Marketing Malaysia, Susanto, menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Pengurus Rumah Titian Kaseh, Akmal Yusof, semasa Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa.

Dalam usaha menyokong Rumah Titian Kaseh, Kara turut membuat sumbangan RM3,000 beserta bekalan santan tiga bulan bagi menyokong keperluan harian rumah itu. 

Kara dalam pada itu turut menghulurkan bantuan kepada anak-anak di Rumah Titian Kaseh dengan menyumbangkan barangan seperti alat tulis sekolah bagi meringankan keperluan pembelajaran mereka, sekaligus memberi semangat untuk terus belajar dengan lebih yakin.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kara dalam menyantuni komuniti serta menyokong kesejahteraan dan masa depan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Usaha ini turut mendapat sokongan dari Utusan TV yang memberikan sumbangan tunai RM2,000, Akasa  melalui sumbangan bahan masakan yang dipilih dengan teliti bagi membantu keperluan dapur rumah tersebut menjelang Hari Raya, serta Dua Kelinci yang berkongsi snek popular mereka, Deka dan TicTac, membawa kegembiraan kecil yang manis sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. 

image is not available
Kredit: Facebook Kesultanan Pahang

Sementara itu, Kara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, dalam menyediakan bubur lambuk bagi menyemarakkan kedatangan Ramadan menerusi Program Rewang Ramadan. 

Kara amat berbesar hati apabila baginda berkenan memilih Krim Kelapa Kara sebagai bahan utama dalam penyediaan bubur lambuk yang diagihkan di tujuh lokasi sepanjang bulan Ramadan ini. Peluang ini amat dihargai kerana membolehkan Kara turut serta dalam usaha murni yang mengeratkan hubungan masyarakat melalui tradisi memasak dan berkongsi juadah.

Bila ‘RASA’ Itu Betul-Betul Sampai

image is not available

Melalui Kara Satukan Rasa, ‘RASA’ itu bukanlah sekadar apa yang kita makan, tapi apa yang kita rasa bila duduk semeja, kongsi cerita dan cipta memori bersama. Dari Ramadan, RASA itu terus dibawa sehingga Raya.

Lepas ni bila masak, pastikan Kara sentiasa jadi pilihan untuk Rasa yang diyakini turun-temurun.

image is not available
Turut dihidangkan sebagai sebahagian daripada juadah istimewa bagi kanak-kanak dan penghuni Rumah Titian Kaseh adalah resipi-resipi khas Kara Satukan Rasa (dari kiri): Kara Lapis Matcha-Beri, Kara Rendang Gratin, dan Kara Gula Melaka & Mangga Cotta.

The post Kara Bawa ‘RASA’ Ramadan Lebih Bermakna Bersama Anak Yatim & Ibu Tunggal appeared first on Oh! Media.