Karakter Yaya Jadi Pilihan Untuk Promosikan Pelancongan ‘Muslim Friendly’ Di Tohoku, Jepun

Entertainment
24 Dec 2022 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita gembira untuk peminat animasi BoBoiBoy kerana karakter Yaya telah dipilih untuk menjadi ikon pelancongan mesra muslim di wilayah Tohoku, Jepun.

Perkara itu telah dikongsikan sendiri oleh pengasas MONSTA yang telah menerbitkan animasi BoBoiBoy dan filem Mechamato iaitu Nizam Abd Razak menerusi Twitter baru-baru ini.

Difahamkan, MONSTA telah tampil dengan musim kedua Fly With Yaya di mana mereka mempromosikan Tohoku, Jepun dan lagi menarik, Yaya juga mempunyai teman baru yang dikenali sebagai Tomoko-chan.

Menurut Nizam lagi, karakter Yaya dipilih oleh Tohoku Inbound Association dan Yamagata Broadcasting Co. untuk mempromosikan pelancongan mesra Muslim di wilayah berkenaan.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, wilayah Tohoku mempunyai pemandangan yang memukau kerana terletak di kawasan luar bandar.

Peminat rancangan ini boleh menonton Fly With Yaya di YouTube Channel MONSTA ataupun di Astro PRIMA.

image is not available

Ramai juga netizen yang berharap agar Yaya boleh belajar buat biskut sedap kat Jepun tu. Barulah tak sakit perut dah makan biskut buatan Yaya nanti.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.