Kasih Iris Leona Lancar Baju Kelawar ‘Mekna’ ‘Limited Edition Harga RM129, Netizen Puji – “Kan Comel Pakai Macam Ni..”

EntertainmentLifestyle
1 Aug 2025 • 12:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona sering kali mencuri tumpuan ramai gara-gara gelagatnya yang bersahaja serta penampilannya sebagai anak remaja moden.

Ditambah pula dengan status dirinya sebagai seorang anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, pastinya Kasih Iris menjadi fokus utama pengikut di media sosial.

Terbaru, usai melanjutkan pelajaran di luar negara, Leona dilihat ada melancarkan produk terbaru berupa pakaian longgar seperti baju kelawar di media sosialnya.

Memberi nama produknya sebagai Mekna, Leona memasarkan beberapa jenis baju longgar itu dengan pelbagai variasi warna menarik.

image is not available

Malah, ada yang sudah ‘sold out’ menunjukkan baju ‘kelawar’ keluaran Leona laris di pasaran.

Meskipun harga yang dijual agak tinggi, pastinya produk Leona diyakini kualiti selain populariti gadis remaja itu yang membuatkan ia ‘laku keras’.

Tidak kurang juga yang memuji Leona yang sudah mula memasarkan produk sendiri setelah graduasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-01 11:40:57

"Yakin Ke Laki Ko Tak Salah, Dari Dulu Kerap 'Update' Suami 'Problem' - Netizen 'Sound' Elcah Isu Dakwaan Curang