Kasihan anak-anak! Jangan pernah cerita aib bekas pasangan – Rebecca Nur Al Islam

EntertainmentFamily & Parenting
30 Nov 2025 • 6:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Rebecaa Nur Al Islam menegaskan wanita terutama golongan ibu tunggal tidak seharusnya menyebarkan aib bekas pasangan, khususnya demi menjaga hati dan emosi anak-anak.

Rebecca, 39, berkata apa jua masalah selepas perceraian perlu diuruskan dengan matang kerana menghina bekas suami atau isteri sebenarnya memberi kesan kepada anak sendiri.

“Untuk wanita di luar sana sebagai ibu tunggal kena ingat semua hanya pinjaman. Apa paling penting jangan pernah bercerita mengenai aib bekas pasangan masing-masing.
“Bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah, kita kena pandang muka anak-anak sebab bila awak mengata pasangan, awak akan mengata diri anak-anak sebenarnya,” katanya.

image is not available

Jangan pernah cerita aib bekas pasangan

Menurutnya, sebagai ibu tunggal kepada tujuh anak, fokus utamanya ialah memastikan kestabilan emosi mereka walaupun dirinya masih menyesuaikan diri selepas berpisah.

“Seperti yang anda semua tahu, saya baru menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata dan perlu membiasakan diri.
“Allah bagi kita sesuatu benda yang tanggungjawabnya lagi besar. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri.
“Apabila berlakunya perpisahan antara saya dengan bekas suami, saya kena kuatkan diri saya,” ujarnya.

image is not available

Pelakon filem Embun itu turut menegaskan hubungan bersama bekas suami masih baik sebagai ibu bapa.

“Kita cuba yang terbaik sebagai keluarga. Bapa (bekas suami) mereka pun masih okey dengan anak-anak.
“Alhamdulillah okey saja, ayah mereka takkan saya nak halang,” katanya.

Artikel lain: Tular! Banglo 3 tingkat didakwa milik Rebecca Nur Al Islam dilelong RM2.9 juta

Rebecca berharap dapat terus menjadi ibu yang kuat demi anak-anak dan percaya Allah akan menghadirkan kebaikan selepas diuji.

“Anda kena ingat, anda bercerai dan mempunyai anak. Allah itu Maha Kaya. Saya percaya sepenuhnya kepada Allah.
“Saya percaya yang Allah akan beri benda yang baik untuk kita,” tambahnya.

image is not available

Sekadar info, Rebecca dan Datuk Nur Azman Sulaiman berpisah selepas 18 tahun bersama, dan mereka mempunyai enam cahaya mata serta seorang anak angkat berusia 16 tahun.

Sumber: Instagram Creative Factory Painting