Kasihan Lihat Telefon Retak Seribu, DSV Diam-diam Belanja Azar Azmi iPhone 17 Pro Max

EntertainmentLifestyle
20 Apr 2026 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Nasib yang menimpa pelakon Azar Azmi turut mendapat perhatian dan simpati daripada usahawan sensasi Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, Vida memberi kejutan kepada Azar dengan menghadiahkan satu set iPhone 17 Pro Max selepas mendapati telefon pelakon itu retak seribu, malah peranti itu juga diketahui dipinjam daripada kenalan.

Dalam hantaran itu, Vida menyatakan tujuan dia membelikan telefon baharu tersebut untuk memudahkan Azar menjalankan bisnes dalam talian bagi menjana pendapatan.

“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa live dengan saya, saya tengok telefon dia memang retak teruk. Telefon yang dia pakai pun pinjam.

“Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu. Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu. Saya siap pilih case yang mahal.

“Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” katanya.

@datoserividaofficial

Rezeki buat Azar Azmi. Saya kesian sebab dia pinjam phone dengan orang. Sebab dah lama takde handphone. Saya hadiahkan handphone baru untuk Azar. Semoga lebih mudahkan urusan Azar lepas ni . Amin #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok #berandafyp #viralvideo #viral

♬ suara asli – GHOST MASTER CHEF

Menurut Vida, sepanjang proses pembelian telefon tersebut, Azar langsung tidak mengetahui mengenainya kerana dia hanya berpakat dengan pengurus pelakon itu.

Dapat dilihat, Azar memberikan reaksi terkejut dan seakan tidak percaya dengan hadiah yang diterimanya.

Dalam pada itu, Vida berharap hadiah tersebut dapat menggandakan semangat Azar untuk bangkit dan maju ke hadapan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved