Kastam Rampas 73 Pek Kurma Dipercayai Dari Israel, Netizen Puji Usaha Caprice Tularkan Isu

Entertainment
14 Mar 2024 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua hari lepas, rappers dan selebriti media sosial, Caprice ada membincangkan isu berkenaan kurma yang didakwa produk dari Israel telah dijual di pasaran Malaysia.

Isu ini dibangkitkan berikutan tularnya laporan daripada Berita AlHijrah yang mendapati terdapat produk kurma terbabit dipaparkan tanpa berselindung di dalam peti ais sebuah premis di Selangor.

JKDM rampas 73 pek kurma didakwa dari Israel

Susulan tularnya isu itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas 73 pek buah kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ yang dipercayai produk dari Israel.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata, kurma seberat 14.6kg bernilai RM678 itu telah dirampas di sebuah gudang sekitar Klang, semalam.

Serbuan dibuat pada jam 11.30 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah II Selangor, susulan tularnya video di media sosial berkaitan sebuah premis menjual buah kurma berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke atas gudang berkenaan menemui 73 pek buah kurma dilabelkan Organic Jumbo Medjool Dates yang disyaki produk dari Israel.

“Pada serbuan itu juga, seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

image is not available

Menurutnya lagi, selain gudang itu, serbuan juga dibuat di sebuah pejabat di Klang dan sebuah kedai yang menjual makanan organik di Petaling Jaya.

Katanya, hasil semakan JKDM mendapati kurma tersebut dibawa masuk dari Eropah secara pukal bersama barangan makanan lain dari Eropah pada tahun 2022 dan diisytiharkan sebagai ‘food stuff’.

Ia kemudian dibungkuskan semula untuk dijual di pasaran tempatan pada harga RM20 hingga RM30.

Datuk Sazali juga berkata, apa-apa produk dari Israel perlu mendapatkan permit khas daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

image is not available

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan mengikut Seksyen 135(1)(d).

Dalam pada itu, Caprice menerusi Instagram telah memuat naik video khas berkaitan serbuan yang diadakan dan meminta netizen untuk menyalurkan maklumat kepadanya jika ada produk dari Israel yang dijual meluas di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Perkongsian dari Caprice menerima pujian netizen yang menyokongnya dalam usaha membanteras produk dari Israel dijual secara terang-terangan di Malaysia.

image is not available

Terbaik Cap! Syabas juga kepada pihak Kastam, laju buat kerja.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.