Kastam Sabah rampas enam kontena minuman keras bernilai lebih RM2.74 juta

12 Jun 2024 • 12:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas enam kontena minuman keras dianggarkan bernilai lebih RM2.74 juta termasuk duti dan cukai dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran melalui Pelabuhan Sepanggar di sini pada 10 Mei lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata rampasan dibuat pada 9 pagi apabila pasukan serbuan membuat pemeriksaan ke atas 20 kontena di pelabuhan itu kerana disyaki ada barangan cuba diseludup masuk menggunakan kontena berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua kontena itu mendapati sebanyak enam buah kontena berisi minuman keras dengan jumlah keseluruhan minuman keras jenis bir pelbagai jenama sebanyak 149,825 liter.

“Anggaran nilai harga ialah RM484,788 dan anggaran duti sertai cukai terlibat sebanyak RM2,254,476,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Beliau berkata modus operandi yang dipercayai didalangi sindiket penyeludupan itu dengan memalsukan maklumat serta mengisytiharkan barangan itu sebagai barangan lain antaranya lampu, kunci dan jaring ikan.

Mohd Nasir berkata siasatan tertumpu kepada ejen perkapalan kerana barangan diisytiharkan dalam kontena itu berbeza dan tidak mematuhi peraturan digariskan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.