Kastam Sabah rekod rampasan RM348j setakat Jun

27 Jul 2024 • 3:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah berjaya merekodkan jumlah keseluruhan rampasan RM348 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata berbanding tempoh sama pada tahun lepas, jumlah itu meningkat dari segi nilai namun bilangan kes menurun.

“Ini bercampur barang lain tetapi dari segi jumlah komoditi utama ialah dadah, rokok dan minuman keras,” katanya.

Menurut beliau, kastam memerangi penyeludupan dengan fokus kepada tiga komoditi utama iaitu rokok, minuman keras dan dadah, tetapi Sabah berdepan dengan komoditi lain seperti ayam import.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Cuma di Sabah ini, barangan sejuk beku seperti ayam menjadi komoditi yang besar dalam tangkapan dan rampasan.

“Ia merupakan barangan import yang memasuki negeri ini melalui Pelabuhan Sepanggar untuk pengguna dalam negeri ini,” ujarnya.

Walaupun keadaan kini terkawal dan kes berkurang, Mohd Nasir menyatakan pihaknya akan terus meningkatkan langkah kawalan di pelabuhan menerusi kaedah pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas yang dilengkapi kecerdasan buatan (AI), selain menguatkuasakan arahan kepada ejen penghantaran untuk membuat pengikraran lengkap dan teratur.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya juga mengadakan operasi payung di luar pelabuhan untuk memastikan keadaan benar-benar dapat meningkatkan kepatuhan pihak pengimport di pelabuhan utama Sabah iaitu Sepanggar, Tawau dan Sandakan.

Mohd Nasir yang ditemani isteri, Datin Halizah Abdul Samat ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Katanya, kunjungan itu bertujuan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Tun Juhar mengenai persaraannya pada Jumaat, di samping merakamkan penghargaan serta terima kasih atas hubungan baik antara pihak Istana Seri Kinabalu dengan JKDM Zon Sabah.

Mohd Nasir yang mula melapor diri pada 10 Oktober 2022, dikurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) oleh Tun Juhar sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-70 tahun lepas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.