Rampasan minyak bersubsidi terbesar di Sandakan: Kastam

6 Jul 2024 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 95,115 liter minyak diesel dan petrol bersubsidi yang disyaki cuba diseludup keluar ke, Filipina.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata ia merupakan rampasan minyak bersubsidi terbesar setakat tahun ini di Sandakan.

Beliau berkata rampasan itu dibuat oleh sebuah pasukan daripada Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu, dengan kerjasama Unit Marin Kastam Bahagian Penguatkuasaan Sandakan, hasil maklumat risikan.

“Bertindak atas maklumat, pada 12.05 malam 9 Jun, pasukan JKDM membuat serbuan ke atas sebuah bot kargo tempatan kerana disyaki membawa minyak diesel dan petrol yang cuba diseludup ke Filipina melalui perairan Sandakan.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Rampasan ini melibatkan 28,720 liter diesel dan 66,395 liter petrol dengan anggaran nilai RM197,857.75.

“Anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM51,325 manakala, kapal kargo tempatan yang disita pula dianggarkan bernilai RM300,000,” katanya semasa sidang media di Pejabat Marin Kastam JKDM Sandakan, pada Jumaat.

Mohd Nasir berkata, dua penjaga kapal yang terdiri daripada seorang warga Filipina dan seorang pemastautin sementara, ditangkap.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 139 dibaca bersama 135(1)(g) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Mohd Nasir menggesa orang ramai membantu memerangi jenayah penyeludupan, khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan. Katanya, mereka boleh menyalurkan maklumat menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.