“Kau Lah Punca Pergaduhan Aku Dengan Adik-Beradik Aku” – Hilang Sabar! Kak KM Nak Saman ‘Dewi’

EntertainmentPolitics
3 Sep 2025 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui platform TikTok, tular video memaparkan usahawan sensasi, Kak KM meluahkan rasa berang terhadap seorang wanita yang bernama Dewi.

Dewi dah melampaui batas

Dalam video yang dimuat naik, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli berkata wanita berkenaan sudah melampaui batas dan akan menghantar surat saman terhadapnya.

Untuk kau yang bernama Dewi, ini adalah satu peringatan untuk kau yang aku tengah tunggu lawyer dan kau kena tunggu surat lawyer akan sampai.

Punca hubungan dengan adik-beradik goyah

Dedah Kak KM, wanita bernama Dewi itu menjadi punca dirinya dan adik-beradik bergaduh, malah edit pelbagai konten memperlihatkan dia kelihatan seperti individu yang jahat.

Kau yang nampak paling tersakiti padahal kau yang paling baruah sekali! Surat saman akan sampai dekat rumah kau, kau sabar kejap.

Meninjau di ruangan komen tersebut, rata-rata netizen tertanya siapakah individu yang bernama Dewi itu, malah menegur agar tidak ikut campur urusan adik-beradik Kak KM.

image is not available 2025-08-08 15:56:09

"Saya Sendiri Tak Marah Anak, Kenapa Hendak Marah Anak Saya Di Tempat Kerja" - Kak KM