Isu melibatkan petinju muda negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas beliau didakwa melabel pencuci mulut popular, kunafa sebagai “sampah” ketika muncul dalam sebuah podcast.
Kenyataan itu kemudian mengundang reaksi beberapa selebriti tempatan termasuk pelakon dan penyanyi, Isa Khan serta personaliti media sosial, Aazief Khalid, yang tampil menegur soal adab ketika bercakap tentang makanan dan rezeki orang lain.

Isa Khan menerusi kenyataannya mengingatkan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan.
“Rasulullah ajar adab terhadap makanan. Baginda tak pernah mencela makanan. Kalau suka, Baginda makan. Kalau tak suka, Baginda tinggalkan tanpa mengutuk. So who are you untuk sampahkan makanan?”
Aazief Khalid pula menasihati Jojo supaya lebih terbuka menerima teguran, lebih-lebih lagi sebagai atlet negara dan figura awam yang menjadi perhatian ramai.
“Jojo, sebagai seorang fighter, atlet negara dan orang muda, kadang-kadang bila orang tegur tentang adab ni, kamu kena lebih terbuka dan terima sahaja, bro. Seorang fighter yang baik dinilai daripada apa yang dia lakukan dalam gelanggang. Seorang juara yang hebat dinilai daripada hati dan akhlaknya. Kami semua tetap menyokong untuk kamu sampai ke tahap itu. Orang tu cuma berniaga kunafa sahaja. Dari segi akhlak, tidak elok kita bercakap tentang punca rezeki orang lain seperti itu.”
Difahamkan, isu itu tercetus selepas Jojo dalam sebuah podcast berkongsi pandangannya mengenai kunafa yang dianggap kurang sihat dari segi kandungan sebelum menggunakan istilah “makanan sampah”, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.
Jo Ghazali Kutuk Kunafa ‘Makanan Sampah’, Respon Ojen Aiwah Curi Tumpuan – “Salam ‘Free Of Charge’”
Walaupun ada yang mempertahankan kenyataan itu sebagai pendapat peribadi, ramai berpendapat cara penyampaian tetap perlu dijaga, apatah lagi apabila melibatkan makanan dan punca rezeki orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jo Ghazali Kutuk Kunafa 'Makanan Sampah', Respon Ojen Aiwah Curi Tumpuan - "Salam 'Free Of Charge'"
The post “Kau Ni Siapa?” – Jadi ‘Fighter’ Bukan Ada Lesen Untuk Membuli, Selebriti Tegur Johan Ghazali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
