“Kau pinjam duit aku, tak nak pula cerita”- Datin Red

27 Mar 2024 • 2:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Datin Red

Datin Red yang juga merupakan isteri pertama kepada Datuk Seri Adnan Abu meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang tanpa mendedahkan identiti telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, dia seakan memerli tindakan individu tersebut yang tidak menghargai jasa memberi pinjam duit dan jual tanah demi membantunya.

Datin Red

image is not available

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu anak-anak mengalami trauma atas kejadian yang berlaku namun, berharap suatu hari nanti segalanya akan terjawab.

“Pinjam duit orang lain nak kau mention, yang kau pinjam duit aku tak nak pula cerita. Sampai trauma anak-anak aku. Kita ni sampai jual tanah dah nak tolong dia.

“Tak mengapa, Allah ada..masanya akan tiba,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Datin Red telah memfailkan penceraian terhadap suaminya itu pada penghujung Januari lalu. Bagaimanapun, Datuk Red enggan untuk melepaskan isterinya.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila Datuk Red mengakui dia sudah muflis sejak 2019 dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mencari pendapatan.

Malah, dia sanggup mengetepikan rasa malu dengan menggunakan platform TikTok untuk mencari pekerjaan demi keluarga dan anak-anaknya.

Sumber: Instagram @Datin Red