Pempengaruh dan usahawan, Sam Lim tampil membuat permohonan maaf susulan isu membabitkan seorang bekas pekerjanya yang pernah bertugas sebagai hos siaran langsung atau live host.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Sam mengakui mengambil maklum mengenai isu yang tular dan memohon maaf sekiranya ada kenyataan atau hantaran sebelum ini yang telah menyinggung perasaan bekas pekerja berkenaan.
Advertisement
Mohon maaf kepada bekas pekerja
Menurut Sam, dia menerima segala teguran yang diberikan dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.
“Saya ingin meminta maaf kepada pekerja yang sebelum ini, yang live host itu. Kalau ada apa-apa hantaran yang saya tersalah cakap, saya minta maaf kepadanya.
Selepas ini kami akan sampaikan konten dengan cara yang betul. Pihak saya akan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.”
Jelas isu kerja 24 jam dan syif malam
Dalam masa sama, Sam turut menjelaskan dakwaan kononnya pekerja diarahkan bekerja selama 24 jam.
Menurutnya, perkara tersebut telah dimaklumkan lebih awal dalam kontrak pekerjaan dan operasi syarikat menggunakan sistem syif seperti kebanyakan jenama lain.
View this post on Instagram
“Ada dakwaan kami menyuruh ‘live host’ kerja 24 jam, sebenarnya perkara itu sudah dimaklumkan dalam kontrak. Ada yang akan bekerja pada syif malam dan ada pula siang.
Sebenarnya konsep 24 jam ini dilakukan oleh jenama lain juga, bukannya kami suruh awak kerja 24 jam. Ada pembahagian syif.”
Sam turut menjelaskan dakwaan berkaitan permit bekerja pada waktu malam, sambil memaklumkan bahawa akta yang dimaksudkan telah dimansuhkan sejak tahun 2023.
“Mengenai aduan akta yang perlu memohon permit jika bekerja waktu malam, di sini saya ingin maklumkan bahawa akta tersebut sudah dimansuhkan sejak 2023.”
Akui ruang solat perlu diperbaiki
Mengulas mengenai isu kemudahan surau di premis syarikat, Sam mengakui keadaan bilik solat sebelum ini kurang memuaskan dan berjanji akan melakukan penambahbaikan.
“Satu lagi isu mengenai ruang solat yang tidak sempurna. Bilik solat itu kotor kerana ada yang menghisap rokok di situ. Pihak saya minta maaf. Selepas ini akan sedaya upaya ‘upgrade’ tempat solat.”
Pengurus turut mohon maaf
Sementara itu, pengurus yang juga rakan kepada Sam, Nicholas, turut tampil membuat permohonan maaf kepada suami bekas pekerja tersebut susulan kata-kata kesat yang pernah dilontarkan sebelum ini.
Menurut Nicholas, dia mengakui kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam mengawal percakapan selepas ini.
“Saya juga ingin minta maaf kepada suami awak yang saya tersilap maki. Tapi itu memang cara saya cakap begitu. Andai kata-kata saya sebelum ini buat dia tidak selesa, saya minta maaf. Selepas ini kalau saya mahu maki orang atau mahu bercakap, saya akan guna otak.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

'Founder' Minyak Wangi Pernah Taja Peninju Didakwa Buat Gangguan Seksu*l Terhadap Staf Sendiri?
The post “Kau Pun Orang Kenal Sebab Bini Kau” – Sam Lim Mohon Maaf, Isu Dakwaan Paksa Live Host Kerja 24 Jam, Ruang Solat Kotor first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





