Pempengaruh Parisa Ardina tampil membuat permohonan maaf bagi pihak suaminya Sam Lim, Nicholas dan seluruh pasukan selepas beberapa isu berkaitan sebuah syarikat tular di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads, Parisa berkata dia menghargai setiap teguran yang diberikan orang ramai dan menerima semua maklum balas dengan hati terbuka.
Parisa akui tidak tahu apa yang berlaku
Menurut Parisa, dia sendiri tak tahu isu sebenar kerana baru keluar hospital. Tetapi dia mendapati ramai yang menghantar mesej secara peribadi dan tag namanya.
Dalam hantaran seterusnya, Parisa memaklumkan pihaknya akan meneliti perkara yang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya.
Parissa mengakui isu ruang solat adalah kesilapannya kerana tidak lebih peka terhadap perkara itu.

Parisa memberi jaminan bahawa ruang solat akan diperbaiki dan dibuat lebih selesa selepas ini.
Isu berkenaan mula tular selepas seorang individu di Threads membuat pendedahan mengenai dakwaan layanan tidak menyenangkan di sebuah syarikat.


Individu itu mendakwa syarikat tersebut sebelum ini cuba mendapatkan kepercayaan pembeli Melayu, namun dalam masa sama timbul dakwaan berkaitan kebajikan staf dan cara pekerja dilayan.

Dakwa individu itu lagi, antara isu lain yang dibangkitkan termasuk bayaran gaji yang didakwa berbeza daripada apa yang diiklankan ketika sesi temu duga, tiada komisen, perlu bekerja sehingga 24 jam serta cuti yang tidak tetap.
Tidak cukup dengan itu, isu ruang solat di pejabat turut menjadi perhatian.
The post “Saya Hargai Semua Yang Tegur” – Parisa Ardina Mohon Maaf Bagi Pihak Sam Lim Dan Nicholas appeared first on Oh! Media.





