“Kau pura-pura solat” – Lagi Teaser Podcast, Mondy Dedah Perangai Sebenar Pendakwah Terkenal?

Entertainment
15 Sep 2023 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terdahulu, sudah dua teaser yang dimuat naik oleh Caprice berkaitan dengan sembang podcastnya yang bakal menampilkan Mondy, seorang wanita dari Indonesia yang pernah dibantu oleh seorang pendakwah terkenal.

Semalam, Caprice sekali lagi memuat naik satu teaser terbaru di Instagram yang mendedahkan beberapa perkara yang berlaku di antara Mondy dan individu didakwa pendakwah tersebut yang kedengaran agak panas.

image is not available

“Hampir diketahui, ditutuplah pakai beg dia di depan”

Menerusi video itu, Mondy mendedahkan bahawa tangannya telah diusap-usap beberapa kali, malah perkara itu juga hampir ‘kantoi’ namun berjaya diselindungkan apabila individu berkenaan menutup ia menggunakan beg.

Tak cukup dengan itu, Mondy juga mendakwa dirinya disuruh berpura-pura solat dan beribadah. Walaupun dia berkali-kali menolak, individu itu memintanya melakukan perkara itu dengan alasan ia hanya dilakukan sekejap sahaja.

Kata dia pura-pura solat nanti aku rakam. Tak maulah kata aku, buat apa?

“(Katanya) tak sebentar sahaja buat rekod. 1 saat sahaja.

“Aku solat, aku mengaji disiarkan macam itulah maksudnya, baik buruk aku tak apa. Biarkan sahaja tak perlu dirakam, maksud aku,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Di hujung video juga, Mondy dilihat mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut atas segala kebaikan yang dilakukan tetapi pada masa yang sama dia juga menegaskan apa yang dikatakannya bukanlah kata-kata kosong dan fitnah semata-mata.

Jangan main api jika tidak mahu terkena apinya,” kata Mondy.

Video penuh podcast berkenaan dijangka bakal dimuat naik oleh Caprice hari ini (Jumaat) pada jam 9 malam.

Rata-rata netizen di ruang komen masih tidak bersetuju dengan apa yang ingin didedahkan Caprice berkenaan pendakwah tersebut, pun begitu ada juga menyokong dan berharap ia memberi pengajaran buat semua.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.