
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan penggunaan rokok elektrik atau juga dikenali sebagai vape, merupakan sesuatu yang bahaya untuk kesihatan.
Ini kerana, bahan seperti cecair perisa yang digunakan mempunyai banyak bahan kimia selain ada juga yang pihak yang tidak bertanggung jawab dengan mencampurkannya dengan bahan terlarang.
Apa yang berlaku mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap aktiviti penggunaan vape. Susulan itu, banyak negeri yang mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri tersebut antaranya Perlis dan Terengganu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Selangor Haramkan Iklan, Pulau Pinang Pula Pertimbangkan Larangan Jual Vape
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perlis Haramkan Penjualan Vape Mulai 1 Ogos
Haramkan vape bukan penyelesaian
Terbaharu Presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (MOVE), Samsul Kamal Ariffin menyifatkan tindakan mengharamkan vape bukan satu jalan penyelesaian yang terbaik.
Akan tetapi ia perlu menggunakan kaedah kawal selia yang lebih ketat agar ia boleh dibuat bagi melindungi pengguna serta masyarakat.
Menurutnya ramai pengguna rokok elektrik yang menggunakan alat tersebut sebagai salah satu alternatif untuk berhenti dari tabiat merokok.
“Kajian antarabangsa, termasuk oleh Public Health England, menunjukkan vape 95% lebih selamat daripada rokok biasa.
“Apa pun, saya sendiri sebagai wakil pengguna memandang serius gejala penyalahgunaan vape untuk khayal.
“Ingin saya tekankan pengawalseliaan dari segi pembuatan, penjualan dan penggunaan harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan secepat mungkin,” jelasnya, dipetik Harian Metro.
Masalah sebenar apabila ada yang campur cecair vape dengan THC
Kata beliau lagi, masalah sebenar kerana terdapat segelintir individu tak bertanggungjawab yang mencampurkan bahan asing seperti THC dalam cecair vape.
Perkara itu secara tidak langsung boleh menyebabkan individu yang menghisap vape berkenaan boleh mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke hospital.
THC merupakan bunga ganja yang mengandungi kadar delta-9- tetrahydrocannabinol atau THC sejenis kandungan kimia yang akan merangsang gejala psikosis.
Pengharaman vape akan menyebabkan ia bertambah di pasaran gelap dan lebih tak selamat
Menurutnya, pengharaman vape hanya akan menyebabkan vape bertambah di pasaran gelap serta tak diuji sama ada selamat atau tidak.
Masalah itu juga akan menyebabkan masalah kesihatan orang ramai lebih teruk.
“Pengharaman penuh vape akan menyebabkan pasaran gelap produk itu bertambah dan produk tidak diuji serta tidak selamat berkenaan akan mudah diperoleh. Ini memburukkan lagi keadaan kesihatan awam,” jelasnya.
Samsul dalam masa sama turut memberi amaran, tindakan segelintir negeri yang mengharamkan alat elektronik itu juga boleh menyebabkan pengaliran produk tersebut dari negeri yang tak diharamkan ke negeri yang melaksanakan perkara itu.
Oleh itu, ia secara tidak langsung telah mengagalkan tujuan pengharaman alat elektronik itu sendiri.
“Selain itu, rokok seludup juga dijangka meningkat kerana pengguna vape tiada pilihan lain.”
Gesa kerajaan dan pihak berkuasa tak terburu-buru haramkan vape
Beliau juga menggesa agar kerajaan serta pihak berkuasa untuk tidak tergesa-gesa dalam mengharamkan rokok elektronik itu secara total sebaliknya menumpukan usaha dalam menangani penyalahgunaan termasuk menguatkuasakan peraturan yang ketat.
“Dengan kawal selia yang betul, produk vape yang diluluskan sahaja boleh dijual, melindungi pengguna, peniaga dan kerajaan yang menerima hasil cukap bagi menyokong subsidi kesihatan,” ujarya.
Sekitar November lalu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar penggunaan vape diharamkan secara total.
Jelas baginda, antara punca ketagihan adalah bermula dari rokok dan vape.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Source:



