
KUALA PILAH – Polis memantau perkembangan kemelut berkaitan adat di negeri ini dengan aspek keselamatan di setiap kawasan turut diperketatkan bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya memberikan perhatian lebih terhadap perkembangan berkenaan selain meningkatkan kawalan keselamatan di semua kawasan yang berkaitan.
“Keutamaan kita adalah ketenteraman awam. Jadi apabila berlaku perkara ini, kita sentiasa memberikan perhatian yang lebih dan kita perketatkan semua keselamatan di setiap kawasan. Kita mengikuti perkembangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri solat Jumaat bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Masjid Diraja Tuanku Munawir di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE
The post Kawalan keselamatan diperketat di Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Online.






