Kami merindui bosku – Penyokong Najib

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kami merindui bosku – Penyokong Najib

KUALA LUMPUR – “Kami merindui kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.”

Itu antara luahan penyokong Najib yang hadir di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, hari ini selepas beliau dibenarkan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Suzalena Anuar, 43, berkata, dia bersama rakan-rakannya sanggup datang dari Lenggeng, Negeri Sembilan untuk menunjukkan sokongan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Saya datang dari Lenggeng selepas kerja bagi memberi sokongan. Kami merindui kepimpinan Datuk Seri Najib. Saya sudah menjadi penyokong beliau sejak dahulu lagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati segelintir penyokong Najib mula berkumpul, di sini sejak awal petang tadi bagi mengikuti dan menantikan perkembangan terbaharu membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar turut dilihat tiba di kediaman berkenaan kira-kira pukul 4.35 petang dengan menaiki kenderaan jenis Proton X70.

Terdahulu, Najib diperkenan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memberikan pengampunan bersyarat kepadanya hari ini.

Menerusi keputusan itu, beliau dibenarkan menjalani tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta. – KOSMO! ONLINE

The post Kami merindui bosku – Penyokong Najib appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved