“Kawan datang nak raya tak boleh ke?’- Zahnita Beri Penjelasan Lepas Didakwa Bawa Lelaki Masuk Rumah Oleh Adik Ipar

Entertainment
19 Apr 2025 • 2:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, sebutan kes mahkamah melibatkan isu perceraian model popular, Zahnita Wilson dan suami, Abdul Zackery telah pun berlangsung di Mahkamah Syariah Kuantan.

Sebutan kes tersebut kemudiannya akan disambung ke tarikh baru, jadi setakat ini, isu rumah tangga model popular itu masih belum menemui titik noktah.

image is not available

Sebelum tarikh sebutan kes semalam, tular di media sosial beberapa hari lalu mengenai dakwaan adik ipar Zahnita bahawa Zahnita telah membawa seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya ketika Hari Raya beberapa minggu lalu.

Semalam, Zahnita kemudiannya telah tampil menjawab dakwaan tersebut dan menjelaskan perkara sebenar kepada media di mahkamah, lapor mStar,

Zahnita menjelaskan bahawa lelaki tersebut ialah kenalannya yang datang ke rumah sekadar untuk menyambut raya.

image is not available
Zahnita Wilson

Zahnita turut mempersoalkan adakah rakannya tidak boleh datang ke rumah untuk beraya.

Selain itu, Zahnita turut mengatakan dia menumpang kereta kenalannya itu untuk ke ibu negara Kuala Lumpur ke rumah ibu setelah dipelawa oleh kenalannya itu kerana difahamkan Zahnita tidak mempunyai kereta sendiri.

Dalam video yang dirakam oleh adik iparnya ketika datang ke rumah Zahnita ketika hari raya baru-baru ini, dapat dilihat pagar dan pintu rumah didiami Zahnita berada dalam keadaan terbuka ketika lelaki tersebut ada di dalam rumah.

Ketika itu juga, difahamkan, dua orang anak Zahnita turut berada di dalam rumah bersama lelaki tersebut, lapor mStar.

Sumber: mStar

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.