Kawan Kemalangan Sebelum Konvo, Netizen Terharu Lihat Graduan Buat ‘Pre-Convo’ Di Hospital

Entertainment
19 Nov 2024 • 4:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Musim konvokesyen kembali lagi untuk tahun ini, banyak institusi pengajian kini sedang rancak menjayakan acara itu.

Pelbagai telatah graduan kita boleh saksikan di media sosial, namun satu video menarik perhatian di mana sekumpulan rakan menyambut pra konvokesyen (pre-convo) di hospital bagi meraikan rakan mereka yang terlibat dalam satu kemalangan.

@adamfitrii11

Lagi dua minggu nak convo member accident , dont worry bro we got you! #convocation #graduation #preconvo #degreelife #friendship #unimapmantap

♬ Sebuah Perjalanan – Deza

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh @adamfitrii11 itu, sekumpulan kawan itu dilihat bersiap memakai jubah graduasi sambil membantu rakan mereka di bilik hospital.

Mereka kemudian membawa rakan mereka itu ke luar wad untuk sesi bergambar serta merakam detik-detik kegembiraan sambil mengenakan jubah graduasi yang penuh makna itu.

Menerusi kapsyen video tersebut, difahamkan rakan mereka itu telah dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan dua minggu sebelum berlangsungnya hari konvokesyen.

Disebabkan itu, mereka berbuat demikian agar rakan mereka itu tidak ‘terlepas’ detik bersejarah tersebut.

“Semoga Allah terus jaga ukhuwah kalian!”

Perkongsian itu menadapat perhatian netizen, malah ramai yang mendoakan agar hubungan persahabatan mereka kekal sepanjang masa.

image is not available

Wah comel betul! Semoga bersahabat selamanya!

Sumber: NST, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.