Kawanan gajah muncul kembali ‘bermain’ di LPT 2

Environment
16 Aug 2026 • 3:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kawanan gajah muncul kembali ‘bermain’ di LPT 2

KEMAMAN – Kelibat kumpulan gajah terus dilihat berkeliaran berhampiran Plaza Tol Cheneh, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini, yang menjadi lokasi kemalangan mencederakan suami isteri pada awal bulan ini.

Dalam kejadian terbaharu, kumpulan gajah terbabit dirakam beberapa pengguna LPT 2 berkeliaran di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang terletak bersebelahan lebuh raya tersebut semalam.

Salah seorang penduduk, Hamzi Awang, 40, mendakwa dia perasan kehadiran kumpulan gajah terbabit sewaktu melepasi Plaza Tol Cheneh pada pukul 9 pagi tadi.

“Waktu itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Terkejut melihat kelibat sekumpulan gajah berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit bersebelahan LPT 2.

“Mujur haiwan liar itu tidak memasuki laluan lebuh raya lagi. Bimbang kemalangan pada awal bulan ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, siasatan awal mendapati gajah liar itu dipercayai keluar dari hutan simpan berhampiran iaitu Hutan Simpan Bandi dan Hutan Simpan Cherul, di sini.

“Lima anggota Perhilitan Kemaman bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kehadiran kumpulan gajah tersebut daripada pihak pengurusan LPT 2.

“Pemantauan sedang dilakukan memandangkan kawanan gajah tersebut didapati masih berada di dalam ladang sawit berhampiran LPT 2 berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kawanan gajah muncul kembali ‘bermain’ di LPT 2 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved