Kawasan rekreasi Bukit Broga terbakar, 0.8 hektar hutan terlibat

17 Mar 2024 • 9:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Hutan Broga, yang menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti rekreasi dilaporkan terbakar, petang tadi, dengan anggaran kawasan yang terlibat adalah 0.8 hektar.

Kawasan yang terlibat ialah hutan di atas puncak 1 Bukit Broga.

Menurut Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba Semenyih, Zairol Azli Ramli, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 malam tadi.

Susulan itu, sepasukan enam anggota Bomba dan sebuah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.

https://youtube.com/shorts/O8nK3VZdNxU?feature=shared

“Kebakaran membabitkan kawasan hutan di atas puncak Bukit Broga.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kebakaran ini,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, kerja memadamkan kebakaran kini sedang dijalankan dan punca kebakaran belum diketahui.

Terdahulu tular video mengenai api yang marak di Bukit Broga, dan dirakamkan oleh penduduk berhampiran.

Bukit Broga merupakan kawasan yang popular dengan aktiviti pendakian dan menjadi tumpuan ramai setiap kali hujung minggu. - 17 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved