Kaya! Pengantin dapat duit salam kaut lebih RM110,000

30 Aug 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kaya! Pengantin dapat duit salam kaut lebih RM110,000

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia terkejut apabila duit salam kaut yang diterima mereka mencecah 500 juta rupiah (RM113,575). 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan pasangan pengantin itu sedang membuka sejumlah sampul duit pemberian tetamu selepas selesai majlis perkahwinan. 

Pengguna media sosial terkejut apabila kebanyakan sampul tersebut berisi duit berlonggok-longgok yang diikat dengan getah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 24,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Di sana sudah biasa. Duit habis untuk majlis perkahwinan mesti dapat semula,” kata seorang netizen. 

“Nanti majlis kahwin mereka, kita juga perlu bagi sebanyak itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post Kaya! Pengantin dapat duit salam kaut lebih RM110,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved