KDEBWM perkenal lori sampah elektrik pertama Malaysia, diuji enam bulan

LocalCars
19 Nov 2026 • 4:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KDEBWM perkenal lori sampah elektrik pertama Malaysia, diuji enam bulan

SHAH ALAM, 19 NOV: KDEB Waste Management (KDEBWM) memperkenalkan dua lori kompaktor elektrik pertama seumpamanya di Malaysia yang akan menjalani projek percubaan selama enam bulan di sekitar Shah Alam.

Pengarah Urusannya, Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata kedua-dua lori berkenaan mampu bergerak sejauh 180 hingga 220 kilometer dengan muatan, menyamai jarak operasi lori kompaktor diesel.

Menurutnya, projek percubaan atau Proof of Concept (POC) itu akan dilaksanakan menerusi anak syarikat KDEBWM bagi menilai kesesuaian penggunaan lori elektrik dalam operasi sebenar.

Image from: KDEBWM perkenal lori sampah elektrik pertama Malaysia, diuji enam bulan
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru Dato’ Ng Suee Lim dan Pengarah Urusan KDEBWM, Dato' Ramli Mohd Tahir melakukan gimik perasmian dalam Majlis Pelancaran Kompaktor Elektrik di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 19 November 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

“Lori kompaktor elektrik ini mampu bergerak sejauh 180 hingga 220 kilometer dengan muatan, menyamai jarak operasi lori kompaktor diesel.

“Projek percubaan akan dilaksanakan menerusi anak syarikat KDEBWM bagi menilai kesesuaiannya dalam operasi sebenar,” katanya.

Ramli berkata keberkesanan penggunaan lori berkenaan akan dinilai sebelum KDEBWM mempertimbangkan peluasan penggunaannya dalam operasi pengurusan sisa pepejal.

“KDEBWM turut merancang memperkenalkan lori jenis Roll-On Roll-Off (RORO) elektrik sebagai fasa kedua selepas penilaian projek rintis selesai,” katanya.

Image from: KDEBWM perkenal lori sampah elektrik pertama Malaysia, diuji enam bulan
Pengarah Urusan KDEBWM, Dato' Ramli Mohd Tahir berucap dalam Majlis Pelancaran Kompaktor Elektrik di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 19 November 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam ucapan pelancaran lori berkenaan berkata penggunaan lori kompaktor elektrik itu berpotensi mengurangkan pelepasan karbon antara 10 hingga 20 tan setahun bagi setiap unit.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha Selangor menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam operasi perkhidmatan, selain mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api diesel.

“Penggunaan lori kompaktor elektrik dijangka mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api diesel dalam operasi perkhidmatan.

“Inisiatif ini juga dianggarkan menjimatkan kos tenaga dan penyelenggaraan antara RM25,000 hingga RM40,000 setahun bagi setiap unit,” katanya.

Image from: KDEBWM perkenal lori sampah elektrik pertama Malaysia, diuji enam bulan
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam Majlis Pelancaran Kompaktor Elektrik di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 19 November 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved