KDM belum terima makluman rasmi Wetrom sertai BN

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 4:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KDM belum terima makluman rasmi Wetrom sertai BN

PAPAR: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda yang dikatakan mahu menyertai Barisan Nasional (BN).

Presiden KDM, Priscella Peter menjelaskan setakat ini Wetrom yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Marudu itu masih memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden parti.

“Setakat ini, pihak parti belum menerima sebarang surat rasmi atau apa-apa makluman. Beliau masih timbalan presiden parti.

“Beliau seorang yang sibuk kerana perlu menghadiri sidang Parlimen dan tugas-tugas lain,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat dan Hala Tuju Parti KDM Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 di Beringgis Resort, di sini, hari ini.

Priscella turut berkata kehadiran Wetrom dalam majlis yang dikaitkan dengan parti lain tidak semestinya menunjukkan beliau sudah membuat keputusan untuk meninggalkan KDM.

“Perkara sedemikian biasa dalam politik. Namun, mana-mana majlis yang dihadiri oleh Datuk Wetrom setakat ini adalah majlis kebudayaan, jadi saya rasa tiada masalah mengenai perkara itu,” katanya.

Menurutnya, keputusan KDM menarik sokongan terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini dibuat oleh Majlis Tertinggi parti dan Wetrom dipercayai maklum mengenai perkara berkenaan.

“Keputusan penarikan sokongan ini dibuat oleh Majlis Tertinggi parti, dan saya yakin beliau maklum mengenainya,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi gambaran bahawa Wetrom dan adiknya, Datuk Verdon Bahanda yang juga Ahli Parlimen Kudat, bakal menyertai BN sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kedudukan Wetrom dalam KDM. – UTUSAN

The post KDM belum terima makluman rasmi Wetrom sertai BN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved