KDN Terus Perkasa Infrastruktur Keselamatan Johor Melalui Pelbagai Projek Pembangunan

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 12:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KDN Terus Perkasa Infrastruktur Keselamatan Johor Melalui Pelbagai Projek Pembangunan

KDN Terus Perkasa Infrastruktur Keselamatan Johor Melalui Pelbagai Projek Pembangunan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Johor bagi memperkukuh infrastruktur keselamatan, meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Johor merupakan negeri yang amat penting di selatan tanah air kerana menjadi antara nadi utama keselamatan, perkhidmatan awam serta pintu masuk negara.

Menurut beliau, atas faktor tersebut, pelbagai projek pembangunan sedang dan akan dilaksanakan menerusi agensi di bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Pelbagai projek pembangunan telah disenaraikan bagi memperkukuh infrastruktur, meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik kemudahan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam satu perkongsian.

Saifuddin berkata, antara projek yang diberi keutamaan ialah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, perolehan tanah bagi pembinaan IPD Pengerang serta kerja-kerja pembaikan kuarters dan lif di premis PDRM.

Selain itu, ujarnya, KDN turut melaksanakan penambahbaikan kemudahan Jabatan Imigresen Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi memastikan urusan keselamatan sempadan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berintegriti.

Baca juga:

Beliau berkata, pembangunan lain turut melibatkan pembinaan Pejabat JPN Daerah Batu Pahat, naik taraf sistem asas di Penjara Kluang dan Penjara Simpang Renggam, pembangunan semula pejabat AADK serta Pusat Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti.

Menurutnya, KDN juga memberi perhatian kepada usaha menaik taraf jeti serta bangunan di Abu Bakar Maritime Base bagi memperkukuh kesiapsiagaan APMM dalam menjaga perairan negara.

“Insya-Allah, KDN akan terus memastikan setiap peruntukan dan projek yang dilaksanakan memberi manfaat langsung kepada rakyat, memperkukuh kesiapsiagaan agensi keselamatan serta menyokong pembangunan Johor sebagai negeri yang selamat, cekap dan sejahtera.

“KDN komited memperkasa Johor demi rakyat, demi anggota, demi negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved