KDrama Terbaru Lakonan Suzy Ini Dikecam Sebab Watak Hero Utama Adalah ‘Iblis’?

Entertainment
22 Aug 2025 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat drama Korea mesti excited nak tengok drama terbaru lakonan Kim Woo Bin dan Suzy tak lama lagi, kan?

Genie, Make A Wish, kdrama bersiri terbitan Netflix yang bakal ditayangkan pada Oktober ini sedang mendapat perhatian netizen. Ia susulan tularnya trailer pendek drama itu yang dikatakan tidak sensitif dengan agama Islam.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat watak Genie (lakonan Kim Woo Bin) yang terjaga dari pelita dan harus menunaikan tiga permintaan yang bakal merubah hidup watak utama, Ka Young (Suzy).

@netflixkr

“Remember this. I will seek you out.” Fantasy rom-com series is coming October 3, only on Netflix. #다이루어질지니 #GenieMakeAWish #Kdrama #KimWoobin #Suzy

♬ original sound – Netflix Korea – Netflix Korea

Namun di akhir trailer itu, Genie dilihat memperkenalkan dirinya sebagai Iblis, yang mana ia mengejutkan para peminat antarabangsa drama Korea berkenaan.

Di dalam Islam, Iblis adalah daripada golongan jin yang derhaka kepada Allah SWT. Ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dijadikan watak utama kerana ia mendorong penonton untuk ‘menyukai’ watak negatif itu.

@yourloveinter3st

They actually could’ve gone with anythingggggggg the games actually gone left #kdrama #muslimtiktok #somalitiktok #foryoupage #kimwoobin

♬ Sybau – KCK Mixes

image is not available

Tak cukup dengan itu juga, ada di kalangan netizen mengatakan drama itu menggunakan beberapa elemen Islam di dalamnya seperti menyebut manusia diperbuat daripada tanah dan sebagainya.

Sumber: TikTok, Koreaboo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.