'Ke mana hilangnya Norziah?

16 Jul 2026 • 9:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Ke mana hilangnya Norziah?
Norziah dipercayai keluar dari rumah di Flat Pandan Jaya, kira-kira jam 5 pagi pada Isnin lalu.

AMPANG - Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah kerana perselisihan faham dengan ahli keluarganya di Flat Pandan Jaya pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Norziah Jorhan, 17, selepas seorang lelaki menyedari anak perempuannya tiada di rumah kira-kira jam 5 pagi.

"Pengadu telah dimaklumkan oleh isterinya mengenai kehilangan anak mereka yang dipercayai keluar dari rumah.

"Siasatan awal mendapati punca remaja berkenaan bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarganya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Khairul Anuar berkata, Norziah mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan kurus, berkulit cerah dan dianggarkan seberat 56 kilogram.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222.

"Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-6515201," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved