Remaja Malaysia bawa 3kg ganja ditahan di Hong Kong, dipercayai keldai dadah

16 Jul 2026 • 11:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Remaja Malaysia bawa 3kg ganja ditahan di Hong Kong, dipercayai keldai dadah

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Polis mengesahkan remaja lelaki rakyat Malaysia yang ditahan bersama tiga kilogram (kg) bunga ganja di Hong Kong pada minggu lepas dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Hong Kong berhubung penahanan suspek berusia 19 tahan berasal dari Sarawak itu, baru-baru ini.

“Semakan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussein berkata pihak Kastam Hong Kong menemukan bahan terlarang itu dalam bagasi remaja tersebut yang tiba di Lapangan Terbang Hong Kong pada 9 Julai lepas.

Sebelum ini, Kastam Hong Kong dalam kenyataan memaklumkan remaja itu tiba dari Kuala Lumpur menerusi Singapura sebelum ditahan ketika pemeriksaan kastam dan menemukan kira-kira tiga kg bahan yang disyaki sebagai bunga ganja bernilai HK$500,000 atau kira-kira RM260,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved