Kebajikan peneroka, masa depan generasi kedua Felda jadi keutamaan calon PH Serting

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kebajikan peneroka, masa depan generasi kedua Felda jadi keutamaan calon PH Serting
Yaacob (dua dari kiri) ketika menyantuni penduduk sekitar Ladang Gaddes.
Image from: Kebajikan peneroka, masa depan generasi kedua Felda jadi keutamaan calon PH Serting
Yaacob (kanan) ketika berkempen di sekitar Ladang Gaddes.

JEMPOL – Membela kebajikan peneroka dan memperkasa generasi kedua Felda, khususnya dalam aspek peluang pekerjaan dan pemilikan rumah menjadi antara keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting, Yaacob Mahmood.

Yaacob berkata, komuniti Felda di kawasan itu memerlukan perhatian berterusan, terutama dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan, menambah baik kemudahan asas dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi penduduk.

Menurutnya, beliau komited membawa suara warga Felda kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya setiap isu yang dibangkitkan dapat diberi perhatian dan diselesaikan.

"Saya mahu melihat generasi kedua Felda mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan melalui latihan kemahiran, sokongan perniagaan serta akses kepada pembiayaan.

"Dalam masa sama, pendidikan anak-anak Felda juga perlu terus diperkasakan menerusi bantuan pendidikan, kelas tuisyen, program motivasi dan latihan kemahiran," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

**media[3590547]**

Beliau berkata, selain memperjuangkan pembangunan ekonomi komuniti, aspek kebajikan golongan rentan termasuk warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan asnaf tidak akan dipinggirkan.

Katanya, penambahbaikan kemudahan asas seperti jalan, longkang, lampu jalan, dewan orang ramai, kemudahan sukan dan kawasan rekreasi turut menjadi antara fokus demi meningkatkan kualiti hidup penduduk.

"Saya mahu mengamalkan kepimpinan yang mudah didekati, telus dan sentiasa turun padang bagi mendengar sendiri denyut nadi rakyat supaya setiap masalah dapat ditangani bersama," katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan, Yaacob akan berdepan saingan tiga penjuru menentang penyandang daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Fairuz Mohd Isa dan calon Bersatu, Muhammad Noraffendy Mohd Salleh @ Affendy Salleh.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved