Kebakaran Besar Di Sandakan, Hampir 200 Rumah Hangus

LocalEnvironment
19 Apr 2026 • 10:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kebakaran Besar Di Sandakan, Hampir 200 Rumah Hangus

Sandakan -- Hampir 200 buah rumah kediaman atas air jenis tidak kekal di Kampung Bahagia, Batu Sapi hangus dalam satu kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Menurut laporan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan, kejadian kebakaran itu dilaporkan berlaku sekitar jam 1.40 pagi.

Menurut laporan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.15 pagi sebelum pasukan digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi kecemasan.

Baca juga:

Setibanya di lokasi, anggota APM melapor diri kepada pegawai operasi sebelum membantu mengawal orang awam di kawasan kejadian.

Pasukan APM turut menyokong kerja-kerja pemadaman kebakaran serta menjalankan pengumpulan data mangsa yang terjejas dalam insiden berkenaan.

Operasi tersebut dilaksanakan secara bersama dengan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia.

image is not available
Kredit: APM Sandakan

Sementara itu, menurut laporan Astro Awani yang memetik Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.32 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

Komander Operasi Bomba Zon Sandakan, Jasri Ab Jal memaklumkan kebakaran tersebut melibatkan kawasan kediaman seluas kira-kira 300 meter persegi. Setakat ini, kawasan berkenaan dilaporkan musnah sepenuhnya.

image is not available
Kredit: APM Sandakan

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan serta Kinabatangan. Beberapa agensi lain termasuk Sabah Electricity Sdn Bhd, APM dan Polis Diraja Malaysia turut digerakkan.

Tambah beliau, pasukan bomba berdepan kesukaran memasuki kawasan kebakaran berikutan laluan sempit yang menghalang pergerakan jentera.

image is not available
Kredit: Threads @amin_daud98

Dalam pada itu, keadaan air laut yang surut turut menyukarkan usaha mendapatkan sumber air terbuka.

Faktor angin kencang dan kedudukan rumah yang rapat juga menyebabkan api merebak dengan cepat ke kawasan sekitar.

Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan beberapa aliran hos melalui sumber air daripada lori tangki serta pili bertekanan milik sebuah kilang berhampiran.

Setakat ini, kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan.

Tiada laporan mengenai mangsa dilaporkan setakat ini manakala jumlah sebenar mangsa terjejas masih dalam proses pengumpulan data.

APM Sandakan memaklumkan pihaknya akan terus bersiap siaga dan memberikan bantuan yang diperlukan dari semasa ke semasa sepanjang operasi dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved