Kebakaran di Sandakan: 9,007 penduduk terjejas - Polis

19 Apr 2026 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kira-kira 200 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan pada awal pagi Ahad. Foto: Bernama

SANDAKAN -  Sebanyak 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagia di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 1.30 pagi, sebelum lokasi berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 4 pagi.

"Kawasan ini menempatkan lebih kurang 1,200 rumah dan jumlah yang terkesan ialah kira-kira 1,000 rumah melibatkan 9,007 mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

George berkata, pihak berkuasa kini giat membantu menyelaras pendaftaran mangsa bagi tujuan pemindahan dan pengagihan bantuan.

Beliau juga menyangkal dakwaan tular di media sosial kononnya kebakaran itu meragut nyawa.

"Saya tegaskan setakat ini, saya tidak menerima apa-apa laporan kemalangan jiwa. Apa yang berlaku, mungkin cedera semasa menyelamatkan harta benda atau membantu rakan yang lain,” katanya.

George berkata, operasi menyelaras pengurusan bencana digerakkan bersama-sama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaku komander insiden serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Beliau berkata, punca sebenar kejadian kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved