Kebakaran besar di tapak pelupusan sampah masih berlarutan, belum dapat dipadam

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kebakaran besar di tapak pelupusan sampah masih berlarutan, belum dapat dipadam
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang yang masih berterusan sejak malam Rabu. - Foto JBPM Johor
Image from: Kebakaran besar di tapak pelupusan sampah masih berlarutan, belum dapat dipadam
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang yang masih berterusan sejak malam Rabu.- Foto JBPM Johor

PASIR GUDANG – Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, di sini masih belum berjaya dipadamkan sejak malam Rabu.

Kebakaran yang dilaporkan bermula kira-kira jam 10 malam itu turut merebak ke kawasan simpanan fiber membabitkan longgokan bongkah boya setinggi kira-kira tiga meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zuhdieyusni Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.04 malam.

Jelasnya, seramai 18 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya digerakkan bagi menjalankan operasi pemadaman.

**media[3678973]**

"Kebakaran pada mulanya melibatkan kawasan terbuka seluas 0.0232 hektar.

“Setakat jam 3.17 pagi tadi, kebakaran merebak hingga 500 kaki persegi dan menjejaskan kawasan simpanan fiber yang membabitkan longgokan bongkah boya setinggi kira-kira 10 kaki.

“Operasi pemadaman berhadapan kesukaran berikutan ketiadaan sumber air berhampiran selain air laut.

“Anggota terpaksa berulang-alik ke pili bomba terdekat pada jarak 3.5 kilometer dari lokasi kebakaran untuk mengisi semula tangki jentera,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, pada jam 5.33 pagi, operasi pemadaman dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di hadapan dan belakang kawasan kebakaran.

“Bahagian hadapan menggunakan dua pancutan air menerusi pam angkut BBP Johor Jaya, manakala bahagian belakang menggunakan dua pancutan air menerusi pam angkut BBP Pasir Gudang dengan sumber air laut berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman masih diteruskan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved