Pengusaha kupang rugi RM350,000, 900 boya musnah

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 4:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengusaha kupang rugi RM350,000, 900 boya musnah

JOHOR BAHRU: Seorang pengusaha kupang mengalami kerugian kira-kira RM350,000 selepas lebih 900 bongkah boya jenis foam yang digunakan untuk membina rakit ternakan kupang musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini, malam tadi.

Pengusaha berkenaan, Faizul Jumat, 48, berkata, dia menyedari kejadian kira-kira pukul 10 malam ketika keluar makan sebelum melihat api marak dan merebak pantas ke longgokan boya miliknya.

“Saya sedang makan di warung sebelum menyedari api sudah marak. Saya tidak sangka kebakaran merebak begitu cepat sehingga memusnahkan semua boya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, pemilik warung, Md. Zakaria Mahmad Yunos, 48, berkata, dia turut melihat api menjulang tinggi sebelum asap hitam tebal menyelubungi ruang udara sekitar Pasir Gudang.

Penduduk, Mohamad Luqman Hakimi, 22, berkata, dia bimbang kebakaran merebak ke rumah keluarganya selepas mengetahui kejadian ketika berada di tempat kerja.

“Bahang panas masih dapat dirasai sehingga ke dalam rumah walaupun kebakaran sudah berlarutan lebih 12 jam,” katanya.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka berhampiran sebelum merebak ke longgokan boya, diburukkan dengan tiupan angin kencang.

Ketua Zon 1 Johor, Penguasa Kanan Bomba I, Azahar Dris berkata, seramai 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang serta Johor Jaya terbabit dalam operasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.04 malam.

Menurutnya, bomba menggunakan mesin pengepam berkuasa tinggi untuk menyedut air laut dari Selat Tebrau, kira-kira 50 meter dari lokasi bagi membantu memadamkan kebakaran. – UTUSAN

The post Pengusaha kupang rugi RM350,000, 900 boya musnah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved