Kebakaran Bilik Transformer, 2 Pekerja Asing Maut

LocalEnvironment
24 Feb 2025 • 7:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar JBPM Melaka

lMELAKA - Dua pekerja warga asing maut manakala dua lagi pekerja cedera akibat melecur dalam kejadian kebakaran bilik transformer sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Penguasa Kanan Bomba (PBK) | Roslan Manas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi tadi.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan 40 peratus bilik transformer berkeluasan 20x50 kaki persegi di bahagian atas bangunan dua tingkat.

"Kejadian membabitkan empat mangsa termasuk dua lelaki dipercayai warga Bangladesh yang maut akibat terperangkap. Dua lagi pekerja berumur 30an melecur, dan telah berjaya dibawa keluar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi memadam kebakaran dilakukan anggota BBP Tangga Batu dan BBP

Cheng. - BERNAMA