Kebakaran hutan merebak di Indonesia

WorldEnvironment
12 Aug 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kebakaran hutan merebak di Indonesia

JAKARTA – Kerajaan Indonesia mengesahkan lebih 107, 000 hektar kawasan di negara berkenaan terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah (karhutla) sehingga awal Ogos 2026, lapor saluran berita CNN Indonesia. 

Bagi menangani krisis alam sekitar yang berlaku, pihak berkuasa mengerahkan pelbagai anggota dan aset negara menerusi operasi udara serta darat untuk memadamkan api. 

Menurutnya, sebanyak 43 helikopter dikerahkan, manakala antara 10 hingga 15 pesawat ber sedia untuk dikerahkan mengi kut keperluan operasi. 

Menteri Penyelaras Bidang Politik dan Keselamatan Indonesia, Djamari Chaniago berkata, pihak pentadbiran turut menyiapkan anggota pasukan tugasan darat dalam jumlah yang besar bagi mengawal kebakaran hutan dan tanah. 

Katanya, operasi udara khususnya menerusi Operasi Modikasi Cuaca (OMC) bagi menghasil kan hujan buatan, merupakan kaedah paling berkesan untuk memadamkan kebakaran skala besar. 

Bagaimanapun, kejayaan OMC bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca semula jadi. 

“Syarat utama adalah keberadaan awan hujan. Selagi tiada awan hujan yang dikesan di ruang udara, proses pembenihan awan untuk menghasilkan hujan tidak dapat dilaksanakan,” jelasnya. 

Dalam pada itu, agensi berita AFP melaporkan, berpuluh-puluh sekolah di Indonesia ditutup untuk hari kedua semalam, beri kutan jerebu daripada kebakaran hutan yang semakin merebak serta menjejaskan kepulauan itu di permulaan musim kemarau panjang yang diburukkan lagi oleh fenomena El Nino. 

Image from: Kebakaran hutan merebak di Indonesia
KEBAKARAN turut berlaku di atas kawasan hutan Taman Negara Bromo Tengger Semeru berdekatan Gunung Bromo di wilayah Jawa Timur, kelmarin. – AFP

Bandar Pontianak di Kalimantan telah mengarahkan penutupan sekolah berikutan asap meliputi bandar itu dari kawasan kebakaran di tempat lain. 

Rekod awam menunjukkan bahawa bandar Pontianak mem punyai puluhan ribu murid sekolah awam. 

Datuk Bandar Pontianak, Edi Rusdi Kamtono berkata, kanak kanak akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian selagi kualiti udara kekal buruk. 

“Kami telah mula merasainya, terutamanya pada waktu malam dan pagi, kerana jerebu telah menyelubungi bandar Pontianak,” katanya dalam satu kenyataan. 

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramal kan Indonesia bakal mengalami musim kemarau yang sangat teruk pada tahun ini dengan risiko tinggi berlakunya kemarau berpanjangan serta kebakaran hutan, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino. 

Di Pulau Jawa, anggota bomba bertungkus-lumus memadam kan api untuk hari kesembilan di Taman Negara Bromo Tengger Semeru, yang telah kehilangan 900 hektar kawasan akibat ke

bakaran besar yang berlaku pada hari Isnin, minggu lepas. 

Malah, kawasan tersebut yang menjadi tarikan pelancong juga ditutup kepada pelawat sejak Sabtu lalu. 

Saiz kebakaran di Gunung Bromo itu adalah bersamaan dengan lebih 1,200 padang bola sepak, merangkumi hampir dua pera tus daripada jumlah keseluruhan kawasan taman tersebut. “Kami berusaha sedaya upaya dan mengerahkan segala-gala nya, untuk memadam dan mem basahi kawasan tersebut. 

“Kami berharap pada hari ini (semalam) kami dapat memadamkan kebakaran di semua kawasan, kemudian menjalankan proses pembasahan supaya api tidak menyala semula,” kata pegawai bencana tempatan, Satriyo Nurseno. 

Tiga helikopter pemadam kebakaran dan sejumlah jentera bomba memberikan sokongan kepada kira-kira 200 anggota bomba, renjer hutan, polis dan tentera yang membantu mema damkan kebakaran tersebut. 

Menurut Badan Nasional Pencegahan Bencana (BNPB) lebih 48,000 anggota telah ditempatkan untuk menentang kebakaran di enam wilayah. 

Ketika Indonesia bersiap sedia menghadapi kesan buruk El Nino, BMKG menyatakan, purata suhu udara pada bulan Julai ada lah 27 darjah Celsius dan lebih tinggi berbanding 26.2 darjah Celsius pada tempoh sama, tahun sebelumnya. 

Ini merupakan peningkatan tertinggi bagi bulan Julai sejak tahun 1991. El Nino ialah fenomena iklim semula jadi yang membawa perubahan global dalam corak angin, tekanan udara dan taburan hujan. 

Di India dan rantau Asia Tenggara, ia biasanya menyebabkan keadaan yang lebih kering. 

El Nino terdahulu membantu menjadikan tahun 2023 dan 2024 sebagai dua tahun terpanas di peringkat global yang pernah direkodkan. 

Keluasan tanah yang musnah akibat kebakaran hutan di Indonesia tahun ini pula adalah dua kali ganda daripada kawasan kebakaran pada 2023. – AGENSI 

The post Kebakaran hutan merebak di Indonesia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved