Kebakaran Menara 3 KLCC: 30 Peratus Ruang Restoran Mewah Musnah Di Tingkat 57

1 Nov 2025 • 5:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Berita insiden kebakaran yang berlaku di Menara 3 KLCC pada pagi tadi telah menggemparkan orang ramai.

Menurut bomba, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.41 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Seramai 35 orang anggota telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Kebakaran tersebut difahamkan berlaku di ruang sebuah restoran mewah yang terletak di tingkat 57 bangunan Menara Tiga KLCC.

Artikel Berkaitan: “Gayat weh” – Orang Ramai Terpegun Tengok Pekerja Ini Cuci Menara Berkembar KLCC

Insiden terbabit menyebabkan 30 peratus daripada ruang restoran itu musnah.

Kebakaran kemudiannya berjaya dipadamkan sekitar pukul 8.45 pagi.

image is not available

Punca kebakaran pula setakat ini masih belum diketahui kerana masih lagi dalam siasatan pihak berkaitan.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kebakaran berkenaan.

Difahamkan juga, restoran tersebut akan ditutup untuk orang ramai buat sementara waktu untuk prosedur siasatan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian MetroSumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.