Tertekan Hilang Pekerjaan, Lelaki Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang

31 Oct 2025 • 5:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai mengalami tekanan selepas diberhentikan kerja cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi. Bagaimanapun, tindakannya itu berjaya dihalang oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan, selain hilang pekerjaan, lelaki itu juga dikatakan tertekan kerana isterinya kini sedang sarat mengandung.

image is not available

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Muhamad Nurakmal Azmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 pagi berhubung kejadian seorang lelaki yang dipercayai cuba terjun dari jambatan di Kilometer 8, arah Georgetown menghala ke Perai.

“Terdahulu, dia dilihat berada di tepi jambatan dipercayai untuk terjun, namun orang awam bertindak pantas menariknya dari tembok penghadang sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Lelaki itu berjaya diselamatkan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

image is not available

Menurut beliau, pihak bomba tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai individu yang membantu menyelamatkan mangsa.

Sumber: Berita Harian (Zuhainy Zulkiffli)