
SHAH ALAM - Sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, Persiaran Setia Prima, musnah dalam kebakaran petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan kepulan asap hitam tebal dilihat keluar dari bangunan sekolah sebelum rakaman kejadian tersebar di media sosial.
Menurut beberapa ibu bapa, murid dipindahkan ke padang sekolah susulan kejadian berkenaan, manakala buku serta peralatan lain di dalam kelas dilaporkan turut musnah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 petang.
Beliau berkata, bilik darjah terbabit musnah dalam kebakaran, namun api berjaya dikawal sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
“Setibanya di lokasi, guru besar memaklumkan kepada anggota bomba bahawa tiada murid berada di dalam kelas berkenaan.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ashrul Riezal berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Rakaman video kebakaran boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/r/1BeVcR2kju/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 15 September 2026


![[VIDEO] ‘Tolong Sispaa kan cikgu-cikgu berani tu’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-22.10.27-1024x768.jpeg)
![[VIDEO] Murid SK Setia Alam bersorak bomba sampai, padam kelas terbakar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-18.22.12-1024x768.jpeg)

![[VIDEO] Bilik darjah SK Setia Alam terbakar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/58a80fbc-5828-4eef-9e1a-8d26d5d095b1-1024x426.jpg)
