Kebebasan agama bukan alasan! YADIM kecam tindakan bakar al-Quran, rosakkan masjid di Nepal

1 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengecam tindakan merosakkan dan membakar sebuah masjid di Golbazar, daerah Siraha, Nepal dalam insiden ketegangan antara komuniti yang berlaku baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr Hasan Bahrom, berkata kejadian itu amat mendukacitakan apabila naskhah al-Quran dan bahan hadis yang berada dalam masjid turut musnah dalam kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, tindakan membakar al-Quran, merosakkan masjid dan mencemarkan rumah ibadat tidak wajar dilakukan masyarakat bertamadun kerana bertentangan dengan nilai kemanusiaan, keamanan serta keharmonian.

“YADIM menegaskan kebebasan beragama tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina, mencemarkan atau merosakkan agama dan rumah ibadat mana-mana pihak.
“Sebarang perbezaan dan ketegangan antara komuniti perlu diselesaikan melalui dialog dan saluran undang-undang, bukan melalui provokasi, keganasan atau tindakan membalas dendam atas nama agama,” katanya dalam kenyataan.

Image from: Kebebasan agama bukan alasan! YADIM kecam tindakan bakar  al-Quran, rosakkan masjid di Nepal

Hasan berkata, Islam sendiri mengajar umatnya menghormati rumah ibadat dan berlaku adil terhadap mereka yang berbeza agama.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa Nepal menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan adil serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terbukti terbabit dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Hasan turut menggesa masyarakat supaya tidak menjadikan musibah banjir yang melanda Nepal sebagai ruang untuk mencela atau meraikan penderitaan mangsa.

Image from: Kebebasan agama bukan alasan! YADIM kecam tindakan bakar  al-Quran, rosakkan masjid di Nepal

Kredit Foto: Media Nepal

Sebaliknya, beliau berkata, nilai rahmah, ihsan dan kemanusiaan perlu diterjemahkan menerusi doa serta bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama dan latar belakang.

Katanya, pendirian itu selari dengan semangat Malaysia MADANI dan MADANI Membantu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan yang mengangkat nilai ihsan, kemanusiaan dan rahmah dalam kehidupan bermasyarakat serta hubungan antarabangsa.

“YADIM mendoakan keamanan kembali pulih di Nepal dan semua mangsa serta masyarakat yang terkesan diberi perlindungan, kekuatan dan pertolongan,” katanya.

Sumber: BH Online (Samadi Ahmad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved