Malaysia #QuranHour peluang bermakna Masjid Al-Sultan Abdullah semarak al-Quran - Pengerusi Masjid

30 Aug 2026 • 2:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia #QuranHour peluang bermakna Masjid Al-Sultan Abdullah semarak al-Quran - Pengerusi Masjid
Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 menjadi lokasi utama penganjuran Malaysia #Quran Hour. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Malaysia #QuranHour peluang bermakna Masjid Al-Sultan Abdullah semarak al-Quran - Pengerusi Masjid
Tengku Ab Aziz
Image from: Malaysia #QuranHour peluang bermakna Masjid Al-Sultan Abdullah semarak al-Quran - Pengerusi Masjid
Sebahagian peserta terdiri daripada tetamu kehormat dan orang ramai mengambil bahagian dalam Malaysia #QuranHour di Masjid Al-Sultan Abdullah. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Pemilihan Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 sebagai lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour 2026 menjadi satu penghormatan dan peluang bermakna untuk pihak masjid bersama-sama menyemarakkan penghayatan terhadap al-Quran.

Pengerusinya, Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud berkata, pihaknya amat teruja apabila masjid berkenaan dipilih untuk menjayakan program yang memberi ruang kepada masyarakat mendekati dan menghayati ilmu daripada al-Quran.

**media[3631084]**

“Apabila Malaysia #QuranHour diadakan di masjid ini, kami amat teruja apabila masjid ini terpilih.

"Justeru, kami amat berbesar hati kerana masjid ini dipilih untuk menjayakan program berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mencemar duli berangkat ke Program Malaysia #QuranHour 2026.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.55 pagi diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Penasihat Kumpulan Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamudin Yaacub.

**media[3631083]**

Menurutnya, penganjuran Malaysia #QuranHour di masjid berkenaan amat bermakna kerana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama mendapatkan manfaat ilmu dan penghayatan yang boleh diterapkan dalam kehidupan.

Malaysia #QuranHour 2026 yang memasuki tahun ke-12 mengangkat tema Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved