
KEBENARAN tentang kes buli yang membabitkan seorang gadis bernama El yang tular baru-baru ini akhirnya terbukti dan menemui noktah.
Sebelum ini, media melaporkan, tular di Facebook seorang wanita mendakwa anaknya dibuli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sejak Jun lepas dan pihak asrama dikatakan lambat bertindak menangani isu terbabit.
Susulan itu, wanita berkenaan bertindak membuat laporan polis serta merujuk anaknya ke hospital kerana pihak asrama menyatakan anaknya mengalami masalah keresahan.
Baca juga: #SiBibirMerah: Ibu risau kes buli di sekolah, cegahlah pembulian seawal kecil didikan dari rumah

Menerusi perkembangan terkini, terdapat beberapa pelajar didapati membuli pelajar terbabit. Berikut empat info berkaitan kes berkenaan:
1-Maktab terbabit telah mengambil tindakan disiplin dan memindahkan beberapa pelajar yang dilaporkan membuli perempuan terbabit.
2-Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata tindakan itu dibuat tanpa didedahkan kepada umum.
3-Ia bagi memastikan institusi pendidikan itu terus menjadi pusat pembelajaran yang kondusif dan selamat.
4-“Walaupun kes itu terpencil, MARA tidak berdiam diri dan tindakan telah diambil dengan memindahkan pelajar yang membuli ke tempat lain,” katanya.
Bagaimanapun tidak dinyatakan dengan lanjut jumlah pelajar terbabit. Wanita sebagai ibu perlu memastikan anak tidak menjadi pembuli dan mangsa buli.
Baca juga: Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya

FAHAMI BULI
Buli bermaksud mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Ia juga dikatakan sebagai tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologi yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok.
Perbuatan buli terbahagi kepada lima seperti berikut;
1.Buli secara fizikal ialah seperti memukul, menendang, menampar atau sebarang perbuatan buli yang melibatkan sentuhan fizikal.
2.Buli bahasa pula ialah gelar nama, mentertawakan atau perkauman.
3.Buli isyarat ialah seperti menunjukkan isyarat penumbuk atau menjeling mata.
4.Buli ugutan pula ialah meminta wang, mengambil makanan
5.Buli perhubungan ialah perbuatan memfitnah, memulaukan atau mengumpat
Diharapkan perbuatan buli dicegah segera. Jangan biarkan ia menjadi barah dan mengancam generasi muda kita!
Sumber: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
The post Kebenaran gadis dibuli terbukti, susulan kes ‘Adik El’ beberapa pelajar terlibat dipindahkan appeared first on Sinar Plus.

