Pembuli ‘Misteri’ MRSM Kuantan Sudah Dikenakan Tindakan Disiplin & Dipindahkan

Entertainment
22 Aug 2022 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila terdapat satu kes buli yang melibatkan pelajar perempuan di Maktab Renda Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang.

Difahamkan, mangsa telah mendapat beberapa nota berunsur ugutan yang menyeramkan dan baju seragamnya rosak dipotong oleh pembuli. Malah, rambut pelajar tersebut juga dipotong ketika dia sedang tidur.

Kes tersebut dimuat naik di Facebook oleh ibunya sendiri yang sudahpun melaporkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah serta pihak polis.

Pun begitu, sebelum ini pihak polis telah mengeluarkan kenyataan di mana tiada unsur buli dan gangsterisme yang berlaku dalam kes tersebut.

Polis dah keluarkan kenyataan media pada 13 Ogos lepas tular isu buli MRSM Kuantan.Kenyataan media ini mengatakan,…

Posted by Mohd Fadli Salleh on Sunday, August 14, 2022

Pembuli sudah dipindahkan?

Hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata, pihak MRSM Kuantan telah mengambil tindakan disiplin dengan memindahkan beberapa pelajarnya yang dilaporkan menjadi dalang kes buli tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan tindakan pemindahan pembuli itu dilakukan tanpa didedahkan kepada umum untuk memastikan MRSM terus menjadi pusat pembelajaran yang kondusif dan selamat.

“Walaupun kes itu terpencil, MARA tidak berdiam diri dan tindakan telah diambil dengan memindahkan pelajar yang membuli ke tempat lain,” katanya.

Sebagai info, perkara ini tular beberapa minggu lepas apabila ibu kepada mangsa memuat naik kes buli anaknya yang dikatakan berlaku sejak bulan Jun lepas.

Hmm, harap tak ada lagi kes macam ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.