“Kebetulan Dia Ada Berdekatan, Tak Sempat Lari…” – Bapa Percaya Anak Bukan Sasaran Utama Dalam Insiden Tik*man Di Sekolah

6 Jul 2026 • 4:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bapa kepada seorang pelajar yang menjadi mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor percaya anaknya bukan sasaran sebenar dalam kejadian berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Firuz Ibrahim, 43, berpendapat anaknya menjadi mangsa selepas kebetulan berada berhampiran suspek ketika insiden berlaku.

Advertisement

Tular Dakwaan Kes Tik*m Di SMKBB Banting, Motif Balas Dendam Akibat Dibuli

Beliau turut menyifatkan anaknya tidak sempat menyelamatkan diri sebelum diserang, sekali gus menyebabkan kecederaan yang dialami.

“Saya rasa anak saya bukan sasaran. Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya. Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri.”

Mengulas mengenai keadaan mangsa, Mohd Firuz memaklumkan anaknya mengalami kecederaan pada paru-paru kiri dan keadaannya dilaporkan agak serius.

View this post on Instagram

Walaupun begitu, beliau bersyukur kerana anaknya masih berada dalam keadaan sedar serta mampu bercakap sebelum dibawa ke pusat perubatan bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Semasa saya sampai, keadaannya agak teruk. Tidak lama kemudian, mereka membawanya untuk menjalani imbasan bagi mengenal pasti tahap kecederaannya.
Paru-paru kirinya tercedera. Dia sedar dan boleh bercakap.”

Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan lanjut bagi memastikan tahap kecederaan yang dialaminya dapat dipantau dan dirawat dengan sebaiknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Kebetulan Dia Ada Berdekatan, Tak Sempat Lari…” – Bapa Percaya Anak Bukan Sasaran Utama Dalam Insiden Tik*man Di Sekolah2026-07-06 12:20:03

Tular Dakwaan Kes Tik*m Di SMKBB Banting, Motif Balas Dendam Akibat Dibuli

The post “Kebetulan Dia Ada Berdekatan, Tak Sempat Lari…” – Bapa Percaya Anak Bukan Sasaran Utama Dalam Insiden Tik*man Di Sekolah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved