Suspek merupakan pelajar perempuan, tikam mangsa guna pisau - Polis

6 Jul 2026 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek merupakan pelajar perempuan, tikam mangsa guna pisau - Polis
Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan. Gambar tular

KUALA LUMPUR  - Sebilah pisau menjadi senjata yang digunakan seorang pelajar perempuan untuk menikam mangsa dalam kejadian di sebuah sekolah sekitar Kuala Langat, pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 9.50 pagi memaklumkan terdapat seorang pelajar perempuan cedera di dalam kawasan sekolah sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.  

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelajar perempuan.

"Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala suspek telah ditahan bagi membantu siasatan," jelasnya menerusi satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.  

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, selain meminta individu yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved