Kecantikan Kek Lapis Sarawak Menarik Perhatian Media Antarabangsa

12 Apr 2024 • 3:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kek Lapis Sarawak Adalah Kek Paling Cantik – BBC

Kecantikan Kek Lapis Sarawak Menarik Perhatian Media Antarabangsa. Baru-baru ini, BBC menerokai dunia kek lapis Sarawak dengan memuji hidangan tersebut sebagai “kek yang paling cantik untuk Ramadan”.

Menurut sumber, kisah menarik mengenai dua wanita luar biasa, Sharifah Zainon (Seri) dan Karen Chai, yang merupakan bekas jurutera yang kini menjadi pembuat roti.

image is not available
Kecantikan Kek Lapis Sarawak Menarik Perhatian Media Antarabangsa

Chai, seorang graduan Le Cordon Bleu di Paris, memulakan pencarian untuk mengekalkan warisan dengan mengeksplorasi semula resipi kek lapis kegemaran ibunya setelah kembali ke tanah air.

Disamakan dengan eksperimen sains

Seri pula mendapati dirinya tertarik dengan proses membuat kek lapis yang teliti, menyamakannya dengan eksperimen sains di mana ketepatan adalah sangat penting.

“Penyediaan kek lapis dengan corak yang berwarna-warni dan kompleks ini bukan sahaja memerlukan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga kesabaran, ketelitian dan tangan yang mantap,” ujarnya di laman sesawang BBC.

Dengan sekurang-kurangnya 12 lapisan atau sehingga 20 lapisan, setiap langkah membuat kek lapis memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang sempurna.

https://www.instagram.com/p/C5cX4lyyLES/?hl=en

Untuk makluman, di Sarawak, kek lapis adalah sebahagian daripada setiap perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Raya, Krismas dan Gawai Dayak, merentasi sempadan kaum dan agama.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kek lapis Sarawak: