Kecederaan kepala akibat dipukul punca warga emas maut

12 Nov 2026 • 3:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kecederaan kepala akibat dipukul punca warga emas maut

SEREMBAN – Tiga individu termasuk dua wanita yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an yang dipercayai dipukul sehingga meninggal dunia pada 4 November lalu disambung reman enam hari lagi

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, perintah reman tiga suspek berusia 28 hingga 34 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa tamat hari ini dan pihak polis membuat permohonan reman baharu untuk melengkapkan siasatan.

“Perintah reman tiga suspek iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang ditahan pada 5 November lalu dibenarkan enam hari lagi di Mahkamah Majistret Seremban bermula hari ini sehingga 18 November depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan di kepala berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 6 November lalu.

Beliau berkata, siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, tular di media sosial TikTok memaparkan seorang lelaki bertindak memukul belakang badan warga emas lelaki yang berada di atas kerusi roda dengan getah paip selepas mangsa dipercayai enggan makan makanan yang disuap kepadanya.

Difahamkan kejadian berlaku di Rasah Jaya, Seremban dan proses pengebumian mangsa telah dihentikan pada 4 November lalu apabila mayat mangsa perlu diambil untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

The post Kecederaan kepala akibat dipukul punca warga emas maut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved