“Ni Intern”- Ramai Terhibur Lihat AJK Masjid Kg Nakhoda Buat Recording Dengan Inteam [Video]

EntertainmentMusic
29 May 2025 • 4:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mereka yang membesar di zaman 90-an dan 2000 ke atas pasti menggemari atau mendengar lagu nasyid dari kumpulan terkenal seperti Rabanni, Raihan, Hijjaz dan juga Inteam.

Apa yang lebih menarik, kumpulan Inteam turut mengumumkan mereka akan mengadakan Konsert Kasih Kekasih yang bakal dilakukan di IdeaLive, Petaling Jaya pada 27 September ini.

Sebaik sahaja Inteam mengumumkan mereka ingin melakukan konsert, ramai yang menyambut baik perkara itu dan tidak sabar untuk turut serta.

Malah di media sosial juga ramai yang dilihat melakukan bermacam-macam trend dan gelagat mereka untuk berkunjung ke konsert kumpulan nasyid terkenal itu dengan menaiki kereta Toyota Avanza, cara bernyanyi, persiapan dari segi pakaian dan banyak lagi.

Bilal dan AJK Masjid Kg Nakhoda buat recording dengan Inteam

Terbaharu, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kg Nakhoda, Batu Caves yang popular di TikTok turut tidak ketinggalan untuk turut serta dalam trend berkenaan.

Malah mereka dilihat lebih ‘ekstra’ berbanding peminat lain apabila tidak membuat konten menaiki avanza atau cara bernyanyi.

Sebaliknya AJK Masjid Kg Nakhoda membuat ‘recording’ bersama kumpulan Inteam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok masjid berkenaan, kelihatan Bilal, Imam dan bersama dua lagi AJK lain telah berkunjung ke Inteam Records.

Siap pakai baju sama sebagai satu kumpulan

Dalam masa sama, turut kelihatan Bilal memasuki ruang studio rakaman bersama dua lagi AJK dengan memakai baju sama iaitu kurta berwarna hijau.

Selain itu, turut kelihatan salah seorang kumpulan Inteam iaitu Syahril Khalid juga berada di luar bilik rakaman seperti sedang memberikan arahan kepada Bilal dan dua lagi AJK masjid terbabit.

Malah di dalam video mereka turut mengatakan mereka tidak ke konsert Inteam sebaliknya mahu menaiki pentas untuk membuat konsert bersama kumpulan nasyid tersebut.

“On the way konsert Inteam ❌, on the way naik konsert bersama Inteam ✅🤪,” tulisnya.

Di ruangan kapsyen pula, mereka mengatakan Bilal juga tidak mahu kalah apabila ingin membuat konsert bersama Inteam.

Ramai terhibur lihat gelagat bilal dan ajk Masjid Kg Nakhoda

Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur melihat Bilal dan AJK masjid berkenaan. Malah ada yang turut mengusik mereka dengan gurauan.

Tidak kurang ada yang mengatakan mereka ‘another level’ kerana berjumpa dengan ahli kumpulan Inteam dan membuat recording.

Bukan hanya itu, ada juga mengatakan Bilal dan AJK terbabit sebagai kumpulan mini untuk Inteam.

Pun begitu tidak dapat dipastikan sama ada rakaman tersebut hanya sekadar konten untuk mempromosikan konsert Inteam atau mereka sememangnya mempunyai projek bersama.

“Saya ingat dia orang akan buat konten pergi konsert dengan Avanza hmm another level eh. Terus jumpa Inteam buat recording.. Untunglah Bilal”

image is not available

“Wah ini betul-betul punya real penangan Bilal dan Imam. Meriahlah konsert Inteam nanti”

image is not available

“Ni Intern ni”

image is not available